Isnin, 6 Julai 2009













TOKUSATSU..??


Ok guys..untuk entry pertama 2nd blog aku ini, topiknya adalah pengenalan kepada Tokusatsu..Di sini aku akan menerangkan serba ringkas akan maksud beserta genre2 yang terdapat dalam kumpulan Tokusatsu atau ringkas disebut Toku..

Tokusatsu bermaksud siri 'Live Action' yang berasal dari Jepun dan khas untuk tontonan kanak2.Akan tetapi, Toku pada hari ini bukan sahaja ditonton oleh kanak2 malah golongan remaja dan dewasa juga turut menjadi sebahagian peminat Toku termasuk aku sendiri.




Ini kerana, siri2 Toku tidak lagi mempunyai plot dan juga watak ang terlalu kebudak-budi akkan sebaliknya pelbagai element seperti drama dan konflik antara watak turut diselitkan..Selain watak2nya juga dilakonkan oleh pelakon2 kegilaan remaja dan orang dewasa masakini.

Aku sudah lama mengenali Toku iaitu sedari kecil lagi tetapi ketika itu Toku tidak begitu popular ( disebabkan kebanjiran siri2 kartun dari barat, barangkali ) di kalangan kanak2 Malaysia.Selain itu teknologi seperti video,vcd,dvd mahupun Internet belum lagi digunapakai oleh kebanyakan masyarakat rural seperti aku menyebabkan siri2 ataupun maklumat mengenai Toku sukar untuk diperolehi.









Tidak seperti hari ini, dengan kemajuan teknologi yang ada ditambah pula dengan kewujudan rangkaian televisyen yang pelbagai..Siri2 Tokusatsu mula kian ditayangkan di rangkaian tv tempatan dan mula mengumpul peminat2nya sendiri..







Siri2 Toku ini kebiasaannya mempunyai genre dan franchaisenya sendiri dimana kebanyakan siri yang telah tamat, mempunyai keseinambungan dari siri sebelumnya.Contoh mudah yang selalu kita lihat ialah siri Ultraman, Kamen ( Mask) Rider,Super Sentai, Metal Hero..etc.






Tokusatsu sudah bermula sejak era 50'an lagi dimana siri KAIJU ( Giant monster), Godzilla telah diterbitkan pada tahun 1954.Kemudiannya pada era 60'an muncul pula siri Ultraman yang pertama diikuti Ultra 7 (1967).Pada Era2 70'an, dan 80'an, siri2 Kamen Rider dan Super Sentai mulai merajai takhta..Kebanyakan dari Franchaise dari siri2 ini masih diteruskan sehingga ke era 90'an dan zaman millenium ini.





Shin Hayata, hos bagi Ultraman yang pertama sampai ke Bumi










Ultraman pertama yang diterbitkan pada 1966 oleh Eiji Tsuburaya.




Himitsu Sentai (Secret Taskforce ) GoRanger (1977) yang memberi legasi kepada siri2 Super Sentai.














Choudenshi (Super Eleckton) Bioman (1984)





JAKQ Dengekitai (Blitzkerieg squad)




Kamen Rider RX 1988





Kamen Rider (1973)


Siri2 Super Sentai dan kamen Rider telah diilhamkan oleh seorang Manggaka ,mendiang Shoutaro Ishinamori.Diterbitkan oleh Toei.Co., dan disiarkan di rangkaian tv Asahi.



Siri2 Metal Hero yang dimulai oleh siri Uchuu Keiji (Space Sherrif) Gaban,Shariban, dan Shaider..kemudiannya Juspion, Spielvan, metalder etc...




Well guys thats all for now..harap you guys berpuas hati dengan sedikit info dan klip2 yang aku paparkan untuk first entry kali ini.Untuk entry seterusnya aku akan mengupas setiap apa yang ada pada Toku khas buat tatapan Tokufan semua.

Sebarang komen dan cadangan bernas amatlah dialu2 kan oleh kalian untuk memperbaiki mutu persembahan dan isi kandungan blog Tokufan Malaysia..Harap maaf jika ada kekurangan dan salah silap perkataan..Bye...!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan